Friday, March 09, 2007 |
Percaya |
Tali percaya itu halus, putus bila ia tak dijagai kerana yang datang merempuhnya, tidak kita pasti.
Tali percaya itu, pedih bila ia tak disedari kerana kasih sayang yang tumbuh, manakan wujud bila rasa dipenuhi sangsi.
Tidakkah mahu bulan percaya bahawa pungguk mencintainya bukan dusta, bukan sia, bukan reka.
Tidakkah mahu sang camar mengerti punggur yang disinggahnya, meski kelihatan mati masih ada cinta sewaja besi.
Kenapa? Kenapa malam yang tiba ia memilih prasangka dan mencampakkan semua rasa percaya sedang yang membara adalah api cinta bukannya nyala yang dusta!
|
posted by Zaharah @ 10:43 AM   |
|
|
|
|