Saturday, July 07, 2007 |
Yang Hitam Itu.... |
Sebuah lautan biru, membeku jadi tasik hitam pilu membelah bilah-bilah rindu.
Pada senja semalam kuterlupa membasuh hitam jiwa tenggelam dalam dakwat hitam kehidupan sebatilah ia merona di dada hingga jadi derita membunuh indah warna senja!
Untuk kukembali mendaki cerah mentari benar-benar keterlewatan kerana senja telah hitam dipenghujungnya lalu kuberakit melewati mukaddimah malam dalam tangisan dan kegelapan cahaya iman melenyap jadi abu.
Tasik hati, terus hitam membeku bagai tiada permulaan untuk cahaya kembali menyucikan!
Tuhan, turunkanlah hujan rahmat bermanikkan cahaya hidayah leraikanlah kebekuan yang menyakitkan ini sucikanlah kehitaman yang menderitakan ini kutadah sepenuh rasa dan harap tiada sedikit keupayaan, melainkan kudratMu jua padamkanlah kegelapan ini nyalakan semula cerah hati sebelum kumeniti takdir kematian! |
posted by Zaharah @ 1:27 PM   |
|
|
|
|